Sudah seminggu Fahmi langsung tidak menjenguk Juliana. Dia hanya tinggal di rumah, setia menanti dan melayan Ilee tanpa jemu. Turun kerja pun tidak. Padahal dia tahu yang Ilee berasa kekok untuk berada bersamanya di ketika itu.
Selama ini, Ilee langsung tidak punya masalah. Pagi itu, dia tersedar tatkala tekaknya terasa bagaikan dijolok. Pantas Ilee berlari menuju bilik air. Tanpa disedari, Fahmi telahpun berada di belakangnya, mengurut belakang Ilee.
Tepat pukul lapan pagi, Fahmi menyuruh Mak Cik Kalsom untuk meletakkan dulang berisi sepinggan croissant, danish dan English muffin yang dibelinya di Delifrance bersama segelas peach juice kegemaran Ilee. Anak-anak baru sahaja dihantar ke tadika.
“You’re pregnant for almost three months, dan awak nak mintak cerai sekarang? Kenapa tak nak berbincang dengan saya dulu?” usul Fahmi secara tiba-tiba. Kunyahan Ilee pada blueberry danish terhenti.
“Lepas edah, kita cerai,” balas Ilee pendek. Fahmi terdiam, lama. “Saya takkan lepaskan awak sesenang tu, Lee.”
“Tapi, awak sesenang tu nak kahwin dua. Saya tak kisah, tapi saya tak sunggup nak hidup macam ni. Saya tak boleh tidur malam bersama awak kalau malam sebelumnya awak bersama bestfriend saya. Saya ada hati dan perasaan, Fahmi.
Awak cakap pasal berbincang, tapi, pernah tak awak nak berbincang dengan saya bila awak nak kahwin dengan Juliana dulu? No! I can’t keep on being like this, lying to myself that I’m alright. I am not alright. Awak sentiasa pentingkan perasaan awak. Have you ever thought about how I feel, inside? My face can lie, but my heart can’t!”
“Inikah cara awak nak menghukum saya? Sayang, saya betul-betul tak berniat nak rumitkan keadaan,” potong Fahmi pantas. Air mata sudah mula bergenang di kelopak mata Ilee. Perutnya tiba-tiba terasa kenyang. Hatinya bagaikan remuk. Bagai hilang sesuatu yang selama ini dia punya. Selama ini, dia hanya memendam perasaan itu, membawa diri dengan harapan agar luka itu akhirnya dapat diubati. It feels like a hard smack on the face.
“Saya tak boleh terus macam ni, Fahmi. I can’t do this. I’m not strong enough,” ucap Ilee perlahan lantas meraup rambut coklat cair panjang miliknya. “Saya tahu awak lebih bahagia dengan Juliana. Sejak dulu lagi, saya cuma pengganti dia. Dia punya segalanya yang awak mahukan. Kenapa awak nak saya stay kalau it’s better that I leave?” sambung Ilee.
Suasana di antara mereka sepi. Fahmi yang sedang berdiri di hujung katil sejak tadi, menapak perlahan menuju ke sisi katil. Punggung dilabuhkan. Tubuh Ilee ditarik rapat ke dalam dakapan. Perlahan terdengar esakan kecil Ilee.
“Kalau saya tak benar-benar sayangkan awak, saya takkan kahwin dengan awak kemudian lepaskan awak macam tu saja. You’re mine, for life,” bisik Fahmi.
#nowplaying: Fauziah Latiff- Setia Ku Korbankan
Inikah dugaan yang ku terima
Menyintaimu sepenuh jiwa
Untuk bersamamu, kesabaran membakar fikiran.
Rinduku embunan di lautan
Cintaku debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan.
Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuhku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah, hangati semula asmaraku denganmu
Demi cinta suci.
Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku,
Setia ku korbankan.
~
Fahmi membuka mata. Semalam, segalanya berakhir dengan Ilee terlena dalam pelukannya. Kini, saat pagi sudah menjelang, Ilee sudah tiada di sisi. Telefon bimbit yang sejak tadi bergetar di atas bed side table, dicapai. 13 missed calls. Semuanya dari Juliana. Fahmi mengeluh.
Sekali lagi, telefon bimbitnya bergetar. Matanya meliau mencari kelibat Ilee, jemarinya pula menekan butang answer. Jam tangan dikerling sekilas. Pukul 8.30 pagi!
“You mana? Puas I call dari tadi. You dah janji nak brunch dengan my parents and I today,” terdengar suara Juliana di hujung talian sebaik sahaja panggilan berjawab.
Ah! Fahmi hampir terlupa. “I datang pick you up kejap lagi. Give me 30 minutes,” ucap Fahmi. Suaranya serak.
“You baru bangun?! Fahmi, I tak kisah you bersama dengan Lee this whole week. Tapi, please, ni parents I. You dah janji. Don’t fuck up now. Kalau you rasa tak mampu, tak payah kahwin dua!” bentak Juliana berang.
Pedas telinga Fahmi mendengar kata-kata Juliana itu. Namun, dia sekadar memekakkan telinga. Dia tahu salahnya juga kerana terlupa yang dia sudah mengatur perjumpaan ini bersama kedua orang tua Juliana yang baru pulang dari London. Pantas dia terkocoh-kocoh menuju ke bilik air.
~
Ilee menghempaskan tubuh ke atas sofa. Leather tote Bottega Veneta dilepaskan di atas meja. Tubuhnya terasa amat penat. Liam dengan Lily pula sudah berlari menuju ke family room. Menonton televisyen.
Tangannya diletakkan di atas perut tanpa sedar. Diusap-usap perlahan. Tubuhnya yang diselaputi wool v-neck sweater dress Stella McCartney yang dipadankan dengan sepasang jeans hitam langsung tidak menunjukkan tanda bahawa dia sebenarnya berbadan dua.
“Keluar ke mana tadi?” suara yang berada di belakangnya membuatkan dirinya tersentak. Pantas Ilee menoleh. Terlihat Fahmi sedang berdiri, berpeluk tubuh. Wajahnya kelat.
“Around. Tengok-tengok barang,” jawab Ilee selamba seraya bangkit dari sofa, ingin berlalu naik ke bilik. Belum sempat melangkah jauh, lengannya direntap kasar. “Apa ni?!” bentak Ilee.
“Saya tak suka tengok isteri saya keluar dengan lelaki lain. Especially kalau lelaki tu, ex-boyfriend dia,” ujar Fahmi keras. Cengkaman pada lengan Ilee semakin ketat. Kemarahannya membuak tatkala melihat Ilee bersama Liam dan Lily pulang menaiki sebuah Mercedes Benz M-class berwarna silver.
“Fahmi, saya keluar dengan dia sebagai kawan. Saya bosan stay kat rumah. Alang-alang dia dah pelawa saya dan Liam dan Poppy, saya pergilah. Lagipun, saya teringin sangat nak garlic nan,” alasan Ilee. Fahmi mendengus.
“Awak tak boleh ke nak kejutkan saya? We slept in the same bed for heaven’s sake, sayang!”
Ilee diam. Perlahan dia melepaskan lengan dari genggaman Fahmi lantas berlalu.
~
Ilee leka membaca novel yang dibelinya tadi. Dia tersentak tatkala terasa telapak kakinya disentuh, kemudian dipicit-picit, diurut lembut. Matanya dipejam. Dalam diam, menikmati urutan kaki yang dahulu menemaninya setiap malam apabila dia mengandung si kembar Liam dan Lily.
Tidak lama kemudian, terasa ibu jari kakinya dikucup lembut. “I’m sorry,” terdengar suara Fahmi mengucap perlahan. Tubuh Fahmi yang sekadar mengenakan seluar pijama, tanpa berbaju menampakkan otot pada perutnya. Jauh di sudut hati, Ilee tersentuh dengan perbuatan Fahmi. Namun, dengan keadaan cinta tiga segi ini, segalanya tidak mungkin mampu memujuk hatinya lagi.
Jam menunjukkan pukul 8 malam. Anak-anak baru sahaja disuruh tidur. Fahmi pula menuju ke bilik air. Selang beberapa minit, pintu bilik air terkuak, menampakkan susuk tubuh Fahmi yang hanya sekadar bertuala, menuju ke walk-in closet yang dikongsi bersama sebelum keluar semula, berseluar panjang cotton polos. Tubuhnya dibiarkan terdedah.
Ilee membiarkan tubuhnya dirangkul erat. Matanya masih terpaku pada bait ayat novel di hadapannya. Namun otaknya bagaikan tidak dapat memproses apa yang dibaca. Fahmi menarik buku dari pegangan Ilee perlahan. Bahu isterina dikucup.
“Fahmi,” ujar Ilee, membantah. Namun, langsung tidak dihiraukan Fahmi. “Kenapa sayang?” tanya Fahmi. Jemarinya mengurut jemari Ilee.
“Esok saya dengan Juliana. Itupun kalau awak tak kisah.”
“Hmm…”
~
Semenjak Ilee pulang ke tanah air, Juliana berasa tidak selesa jika terpaksa ke rumah mertuanya. Kekok. Namun, pada hujung minggu itu, dia terpaksa mengikut Fahmi setelah dipujuk beberapa kali.
“It’s your turn this week. Dah lama sangat I tak bawa you ke sana. Nanti apa kata mama dengan ayah? I had brunch with your parents as well, remember?” itu alasan Fahmi. Mahu tidak mahu, Juliana terpaksa menurut. Padahal, dia sebenarnya mahu dinner berdua sahaja bersama Fahmi. Namun, sudah menjadi kebiasaan Fahmi sama ada untuk makan malam di hari Sabtu atau makan tengah hari di hari Ahad bersama keluarganya.
Juliana mengenakan wrap dress DKNY berwarna teal malam itu. Rambut coklat kehitaman separas pinggang miliknya diikat satu. Kakinya pantas menuju ke dapur sebaik saja sampai di rumah mertuanya.
Kalau Ilee yang datang, pasti penuh tangannya dengan pelbagai juadah yang telah dimasaknya sendiri. Juliana? Membawa tangan kosong. Bukannya apa, minatnya bukanlah di dapur. Sejak kecil dia menempel di sebelah mama yang tidak pernah masuk ke dapur walaupun untuk menuang air atau bersama papa yang mengajarnya selok belok perniagaan.
“Eh, Ju ada kat sini? Mana Lee?” tanya Datin Maria pada Fahmi yang berada tidak jauh di belakang Juliana.
Such an awkward moment.
“Ilee kat rumah. Tak sihat,” balas Fahmi pendek lantas menuju ke peti sejuk, mengeluarkan setin Cola. “Oh ya, kan dia pregnant? How is she?”
Tangan Juliana yang baru sahaja hendak mengangkat mangkuk berisi lauk asam pedas termati. Matanya membuntang. Ilee mengandung? Juliana berpura-pura sibuk, menuju ke ruang makan.
Lalu, apa yang akan terjadi? Jadi ke tidak Ilee dengan niatnya untuk bercerai bersama Fahmi? Bagaimana pula dari membuat keputusan untuk bercerai, Ilee boleh pula mengandung? Juliana menggigit bibir.
Oh my god, Dhanni!